Aisya Abdullah ▲
Follow | Home.
baksis -day 1
Saturday 16 November 2013 @ 06:16 | 0 Flower's lover

cett aku dah bersedia buat laporan.

bermula dengan menaiki bas ke paloh. aku duduk kat seat paling depan, a.k.a seat for co-pilot. kenapa? sebab aku xnak naik bas dengan budak2 lelaki, nak tidur nanti susah. bertolak jam 9lebih and sampai pukul 12lebih. sepanjang jalan tu pakcik bas bukak movie zombi, bukan main excited bebudak ni tengok, sampai menjerit2. aku? sambung tidur, hee malam sebelumnya takcukup tidur .

sampai je paloh, salam2 dengan makcik pakcik. ehh pakcik tu taksalam laa cuma senyum2 kenyit mata je. memang meriah la kan sambutan dia, perfect with bunga manggar segala bagai. rasa macam buat majlis sambut menantu pulak.. kuing kuing. lepas turunkan barang dari bas, kitorang gerak pergi majlis perasmian. ucapan dari ustaz, harith (ketua pengarah) and ketua peneroka kesedar paloh, en. napi. selepas tu, kami ade majlis pembahagian anak angkat. time ni memang gementar.

satu grup demi grup disebut, ade yang 2orang, ada yang 3orang, and ade yang 4orang. lepas nama aida, husna and aifaa disebut. aku expect nama aku yang kena. see? aku takdapat serumah dengan hani. aku jadi berdebar sangat. sekali diumumkan nama seterusnya . aisya, ain, atiyah, intan. aku blurr sebentar.. sorang pun aku tak kenal, just intan tu je aku tahu sebab dia kuat bercakap kat kolej. semua kena naik atas pentas salam mak angkat masing2. aku naik je pentas terus menangis. hee drama betul.

aku taksangka housemate aku diorang, macam takboleh terima je. aku sorang je senior, yang lain junior. haihh. bila turun pentas, aku banjir terus. rant to hani and tini, cakap dengan diorang taknak family tu. lepas dah reda sikit, aku teringat conversation dengan someone malam sebelum pergi baksis.

"awak, boleh tak kalau nak tukar housemate time baksis nanti..?"
"saya taktaw, tapi jangan risau, diorang bahagikan mengikut orang yang kita rapat .."

bila teringat kata2 dia, aku jadi sedih. kenapa aku takdapat dengan orang yang aku rapat. balik rumah tu, jumpa ayah and mak angkat. ade kaksu, kakngah and kakak. sampai je, kami disuruh berehat. aku nampak katil king size tu memang best gilaa. lepas makan tengahari, kami terus berehat kat bilik. sehingga saat itu, aku masih mendiamkan diri sebab takrety cakap dengan orang tua and orang baru kenal. lepas rest, aku ajak kaksu pergi kedai beli toiletries. sambil tu, kami round2 satu kampung. lalaa~~ nampak tak poyo kat situ? orang lain duk rumah bermesra dengan family baru, kami semua sakan beraya..

balik kedai, kami tidur 4orang atas katil and bangun pukul 5 terus gelabah siap2 nak pergi padang sebab ade sukan persahabatan antara paloh dengan nilam puri, aku baru je nak lepak tiba2 kd ajak buat air. bila datang at khemah, rupanya dah ade orang siapkan. heyy! pukul 6lebih tu, balik rumah and siap2 apa semua . lepak2 santai sat, then terus siap pergi padang untuk hadiri forum perdana yang bertajuk 'anakku cerminku, tanggangkah aku' .. memang seronok sebab panel dia hok santai2 deh.

malam tu alhamdulillah takde kerja pun ..memang freedom habis la, cuma setakat kelam2 je, sebab tugas taksampai kat kitorang. dah laa payah nak berurusan dengan kakyah, lepas tu pening dengan struktur tempat masakan diorang tu. haihh lemah nyah oii. sepatutnya kd makanan kena kemas meja vip, but i left that works to kholil, alan and amir (diorang dapat duduk serumah), sebab takmampu nak tunggu. ade MT text cakap nak buat postmortem, yang peliknya, takde kd yang tunggu pun, semua dah balik rumah.

dalam jam 12 tu, aku ajak je housemate balik rumah. jalan kaki pulak tu. ade sorang mamat ni, nampak kitorang jalan kaki, bukan nak tumpangkan, duk tengok jee. hee geraammmm . balik rumah tu, kitorang jalan laju sangat sebab jalan gelap gelita and ramai pakrempit melepak tepi jalan. haihh seram duhh. sampai rumah area 12lebih, kaksu dah tunggu, and kami mintak maaf susahkan and balik lewat, lepas cuci muka, aku terus tidur and rasanya tu la tidur paling nyenyak sekali sepanjang tahun ini, haha~~~

to be continued :)


Older Post | Newer Post
My Garden

Diaries Queens Flower Lovers


Flower Queen


Pain either makes or breaks a person.


Beauty Talk

Learn to let him go
Go freely from your mind
If not now, then when?
Until the day of his wedding?

Let it go
Pour everything to Allah
As He is the best listener.


When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. When I’m sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah.

Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did.

This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him

Sunlight & Water


Template Designer: Khairina Hairuddin
Background : Cute One



Sederhana Itu Indah